Tuesday, July 16, 2013

oreo cheesecake made bu ezy dee =)

 before,



INGREDIENTS:

Base:
30 keping oreo cookies (buang cream tengah) - kisar halus 
1/4 cawan butter - cairkan. (microwave 10 seconds)

Filling:
16 oz (2 cawan) (500 gm) cream cheese 
1/2 cawan gula halus
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 cawan sour cream- yogurt asli also can
2 biji telor 
1 cawan oreo - cincang halus


METHOD:

 Base :
Gaulkan oreo kisar dengan butter cair. Press evenly. Tekan dalam loyang yang dah grease dan dialas. Pre-heat oven - suhu 180 Celcius.
   
Filling:


  1. Pukul sebati cream cheese, gula and vanilla essence (medium speed) 
  2. Masukkan sour cream dan pukul sebati. ( I letak natural yougrt)
  3. Masukkan telur one by one, pukul sebati.
  4. Then masukkan oreo yang telah dicincang halus tadi, kaup balikkan hingga rata.
  5. Bakar secara "steam bake" dgn auhu 170 celsius (letak loyang adunan dalam loyang lain yang berisi air) bake for 45 minutes/hingga bahagian tengah benar2 masak.
  6. Tutup permukaan cheesecake dengan aluminium foil untuk mengelakkan permukaan terlebih kuning. Letak pd rak bawah sekali dlm oven.
  7. Sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam/bermalam.  
  8. Taraaaaaa!!!!
p/s : untuk pengemar chease.. boleh gunakan filling tu chease.. tapi, my famly tak brape suka,, so,, i lebihkan oreo dalam filling cake tu =)
 
resepi dari Tiara's cook book.
xoxo
sekian,

Saturday, July 13, 2013

FRUIT TART




Assalamualaikum
Ezy betul betul suka makan kuih tart buah. Selalu kalau jalan kat shoping mall or mane mane lah. bile jumpe fruit tart mesti cekau. Tapi fruit tart ni mahal jugak lah. ade dalam rm2 seketul. dah la cinonet je. so,, ezy pon godek godek resepi kat internet! nah! ni fruit tart versi ezy.


Bahan Tart
150 gram tepung halus atau tepung gandum
25 gram gula aising, diayak
70 gram mentega sejuk, didadu kecil
1 biji telur, dipukul sedikit
1/2 camca teh esen vanilla

Bahan Kastard
1 cawan susu segar
1 1/2 camca besar tepung kastard
1 1/2 camca besar gula halus
1 camca teh esen vanilla
1 camca besar mentega
je

Hiasan
Buah starwberry segar secukupnya
Buah kiwi secukupnya, hiris
Sedikit coklat susu atau coklat masakan ~ dicairkan (if ade lagi sedap, xde pon takpe )
Piping jelly ~ untuk mengilatkan buah (tak guna pun, if ade, gune je lah, tart akan nampak lebih mengiurkan)



Penyediaan Tart

Gaul tepung, gula aising dan mentega sejuk hingga menjadi teksture seakan2 serbuk roti, guna hujung jari saja. Tuang esen vanilla dan masukkan telur sedikit demi sedikit dan digaul hingga menjadi doh. Rehatkan sekejap. Sediakan acuan tart, ambil doh tadi sebesar duti 20 sen dan tekan dalam acuan tat dan bentukkan mengikut acuan tadi dan kemaskan. Buat hingga siap, cucuk sikit degan garfu pada dasar doh dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. Biar sejuk sebentar dan keluarkan dari acuan. Sejukkan atas jaringan dan boleh simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian.

Penyediaan Kastard
Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla, dalam periuk. Kacau dengan whisk hingga semua sebati. Masak atas api kecil hingga kastard pekat, kacau selalu. Matikan api, masukkan esen vanilla dan mentega. Kacau rata dan ketepikan sebentar, biar sejuk sedikit.

Hiasan
Buah strawberry dipotong 2 atau ikut saiz kulit tart, begitu juga buah kiwi. Ambil satu kulit tart, sapu sedikit coklat cair pada dasarnya, kemudian sudukan kastard 1/2 penuh. Susun buah strawberry dan kiwi tadi. Beruskan dengan sedikit piping jelly pada permukaan buah dan tepi kulit tart. Berhati2 tabur croquant disekeliling tart. Buat kaedah sama untuk baki kulit tart dan buah2an segar tadi. Boleh hidangkan. Sesuai untuk majlis formal atau santai. Boleh juga disimpan dalam peti sejuk.

copy from azlita masam manis.

ingin memiliki segala jenis resepi.

Assalamualaikum

Hi.
sejak bile boleh ade blog resepi ni?


Cari resepi di internet, print dan akhirnya kertas tu hilang.
Lepastu, teringin nak buat lagi, cari balik resepi di internet sebab dah lupa. Lepas tu print, kertas tu kemudian hilang..
Lepastu,, sila ulang dari rangkap pertama sampai (1000x)

Finally,
Baik salin semua resepi dekat sini. Sampai anak cucu cicit tok nyet boleh tengok. (insyaallah)


lets go to my new journey!!